Thursday 18 July 2013

Demi stor kayu calon PAS akan mewakilkan kerja wakil rakyat kepada orang lain? Bo la Wei!

Inikah calon pilihan terbaik oleh PAS untuk Kuala Besut?  Alang-alang macam tu kenapa tak ambil drebar lori ke atau pemungut sampah untuk jadi calon?

Video Stor Kayu Calon PAS

Posted on 14:33 by Unknown

2 comments

Sunday 14 July 2013

Berikut adalah janji calon BN, orang muda yang membawa harapan BN di Kuala Besut.

Posted on 13:12 by Unknown

No comments

Saturday 13 July 2013

Jentera PAS telah bertungkus lumus untuk menyampaikan ceramah ‘fitnah’ namun usaha jahat mereka berjaya dikesan oleh penduduk tempatan di Kuala Besut. 

Kempen ceramah caci-haru dan kutuk-mengutuk tidak lagi diterima oleh masyarakat kini.  Lebih-lebih lagi apabila PAS memperlekehkan masyarakat Kuala Besut dengan meletak calon SPM gred 3 untuk mewakili mereka di DUN Terengganu?  Adakah PAS tidak sedar lebih ramai lagi golongan profesional yang memiliki berbakul-bakul ijazah tetapi calon SPM Gred 3 juga yang dipilih oleh PAS?

Kenapa tidak memilih golongan ahli Majlis Syura seperti kebiasaannya dan tidak meletakkan calon PRU13 iaitu Napisah?  Adakah PAS kekurangan ahli daripada golongan profesional, muda dan berkaliber? 

TUDIAA!! Ceramah Pas Di PRK #KualaBesut Terlalu Ramai Sampai Tak Terbilang!

Oleh McTheory

Gambar diatas Mc ambil dari Utusan Online. Ini gambar sewaktu ceramah dah mula tau, bukan waktu nak kumpul orang dengar ceramah. Tambahan pula kehadiran yang 'terlalu' ramai ni sewaktu pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Pembangkang.

Kesian la pulak tengok keadaan macam ni, kita bersangka baik la ya, mungkin waktu ni malam Jumaat, soo ramai orang Pas dan Pkr menunaikan 'kewajipan' malam Jumaat sampai tak turun ceramah. he he..

Ataupun, akibat letih berpuasa, jentera Pemuda Pas dan Pkr tertidur dirumah sampai tak sedar  ada pelancaran jentera pada malam tu.

Itu kesimpulan bersangka baik yang Mc cuba buat.
Pada bulan puasa ni, Mc saja bersangka baik, tak baik nak kutuk depaa, biar depa kutuk kita takpa. he he..


McTheory:
kalau macam ni, ada peluang BN menang besar kat Kuala Besut..

Posted on 16:03 by Unknown

No comments

Wednesday 10 July 2013

Beginilah DAP menyalahgunakan Dewan Rakyat untuk kepentingan sendiri.  Berapa agaknya nilai kewangan yang telah dibayar sebagai Peguam Bela oleh anak guam Puchong?  23 minit lebih untuk membuang masa mengenai isu yang tidak membawa kepentingan rakyat tetapi hanya mahu menunjuk dia memiliki personaliti yang ‘amat disenangi’?

Isu yang ditimbulkan jelas menunjukkan Puchong mempunyai kepentingan kewangan dan menyalahgunakan kuasa sebagai Ahli Parlimen untuk menjadi peguam bela?

Posted on 11:48 by Unknown

No comments

Thursday 20 June 2013

SMK Suai yang begitu indah kelihatan dari Jalan Niah rupanya sudah 3 bulan mengalami krisis air bersih.  SMK Suai merupakan sekolah berasrama penuh buat 600 pelajar dan juga guru mereka masih belum mendapat bantuan air bersih.

Bagaimanakah suasana pembelajaran mereka sekarang ini?  Pastinya bau hapak pelajar yang tidak mandi bercampur dengan bau peluh dan baju yang sudah tidak dibasuh berminggu-minggu menjadi masalah untuk fokus di dalam kelas.

Kami berasa simpati dengan masalah mereka dan berharap agar ada pihak yang tampil untuk membantu baik dari segi membekalkan tangki air bergerak atau menyumbang air minuman untuk menampung keperluan 600 orang pelajar serta guru mereka.

 

Pelajar, guru SMK Suai berdepan krisis air

by Clare Cinderella. Posted on June 20, 2013, Thursday

FOYER

MIRI: Lebih 600 pelajar dan guru yang menetap di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suai, di Niah, dekat sini, berdepan dengan masalah ketiadaan bekalan air bersih sejak tiga bulan lepas.

Pengetuanya Abu Saran Sahari berkata, isu ketiadaan air bersih bukan sahaja telah menjejaskan pelajar yang tinggal di asrama sekolah, tetapi juga pelajar harian yang turut berdepan masalah sama apabila balik ke rumah masing-masing kerana ketiadaan air bersih.

Beliau berkata, krisis ketiadaan air tersebut telah menimbulkan tekanan kepada pelajar, sekali gus turut menjejaskan prestasi dan pencapaian mereka, seperti yang berlaku pada peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diadakan setiap bulan.

“Keputusan ujian percubaan telah jauh menurun iaitu jatuh kepada hanya 40 peratus kelulusan berbanding 60 peratus kelulusan yang dicatat sebelum wujudnya pelbagai tekanan akibat masalah ketiadaan air ini,” ujarnya mengadu ketika dihubungi tentang masalah tersebut, semalam.

Beliau berkata, sejak tiga bulan lepas juga (semasa krisis air melanda), pihak sekolah hanya bergantung sepenuhnya kepada bekalan air yang dihantar oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) setiap hari, namun ada kalanya mereka langsung tidak muncul menghantar bekalan air tersebut.

“Lori tangki (JKR) memang ada menghantar sekurang-kurangnya lima tangki air ke sekolah ini setiap hari kerana terdapat lebih 600 pelajar termasuk guru yang tinggal di asrama sekolah di sini.

“Tetapi adakalanya kami kecewa dan amat marah apabila ada ketikanya JKR hanya menghantar dua tangki air sahaja dalam sehari dan adakalanya sampai beberapa hari mereka langsung tidak datang untuk menghantar bekalan air,” tegasnya.

“Sebagai contoh hari ini (semalam), sehingga petang ini (sekitar jam 3 petang), kami sudah kehabisan bekalan air, tetapi bayang lori tangki yang menghantar air pun belum nampak lagi dan pelajar-pelajar saya di sini tiada setitik air pun untuk diminum dan memasak. Apatah lagi nak mandi,” ujarnya kesal.

Kali terakhir lori tangki JKR tersebut datang menghantar air ke sekolah berkenaan ialah pada Selasa lalu bersama dua tangki air sahaja dan air berkenaan sudahpun habis sehingga pagi semalam, kerana jumlah pelajar yang ramai tinggal di asrama.

“Bagaimana pelajar-pelajar saya terpaksa bertahan dengan keadaan seperti ini dan bayangkan betapa tekanan yang kami terpaksa hadapi,” tegasnya.

Menurut Abu Saran lagi, beliau tidak mungkin boleh mengarahkan pelajar asrama balik ke rumah dan turun sebagai pelajar harian kerana lokasi dan jarak perjalanan yang jauh, di samping krisis bekalan air yang bukan sahaja melanda sekolah berkenaan tetapi juga di seluruh kawasan Sepupok hingga ke rumah-rumah panjang mereka yang sudah disalurkan dengan air paip.

“Kami sudah tidak tahu apa lagi yang hendak dilakukan, saya sendiri rasa pilu dan tidak sampai hati melihat keadaan pelajar saya yang hidup tanpa air, terpaksa berjimat untuk air minum, tidak dapat memasak, mandi, mencuci baju dan sebagainya, apabila JKR tidak menghantar air hingga beberapa hari.

“Saya tidak menyalahkan pelajar-pelajar saya jika prestasi pembelajaran mereka menurun, kerana saya faham dengan keadaan dan tekanan yang dihadapi,” tambahnya.

Justeru, beliau amat berharap pihak berkaitan mengambil tindakan tegas dengan seberapa segera bukan sahaja demi pelajar sekolah tersebut yang tinggal di asrama malah pelajar harian dan penduduk di kawasan Sepupok dan Suai yang terjejas.

Menurut Abu Saran lagi, SMK Suai telah berdepan dengan masalah tekanan air yang rendah sejak ia dibina dan beroperasi lebih 10 tahun lalu, menyebabkan sebuah loji air terpaksa dibina bagi mengatasi masalah tersebut.

Bagaimanapun keadaannya menghampakan kerana sehingga hari ini, sekolah dan penduduk kampung serta beberapa penempatan di Sepupok, Niah masih berdepan dengan masalah air paip yang tidak ‘sampai’ ke rumah mereka.

Ramai penduduk mendakwa masalah tersebut disebabkan sambungan paip air yang dilaksanakan di loji air yang baharu oleh pihak kontraktor, tidak dapat berfungsi sepenuhnya sambil mereka berharap pihak berkaitan memantau segera pembinaan atau penyambungan paip tersebut.

Posted on 14:27 by Unknown

No comments

Tuesday 14 May 2013

Kedong kitak semua sik ada polah apapa, jangan lupa hari Sabtu tok adalah Hari Bandaraya Miri.  Mun kitak orang free iboh lupak turun ke padang MBM supaya senang kita nanggar pertunjukkan daripada miak sekolah sempena Hari Bandaraya kita!

I Love Miri y’all!!!

Jom raikan bersama Hari Bandar Raya Miri Sabtu ini

Posted on May 14, 2013, Tuesday

RAIKAN BERSAMA: Lawrence menunjukkan baju ‘T’ Miri City Go Green yang digunakan penduduk untuk menjayakan sambutan Hari Bandar Raya Miri di padang MBM, Sabtu ini.

MIRI: Penduduk Miri diajak beramai-ramai hadir ke padang Majlis Bandaraya Miri (MBM) untuk meraikan bersama sambutan Hari Bandar Raya Miri Ke-8 pada hari Sabtu ini (18 Mei).

Ketua  Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dijangka hadir merasmikan sambutan itu bermula jam 5.30 petang.

Datuk Bandar MBM Lawrence Lai memberitahu, perayaan itu bertemakan Miri City Go Green (Bandar Raya Miri Hijau) dengan program dimulakan dengan aktiviti berjalan kaki beramai-ramai dikenali Miri Green Walk.

“Seramai  14,110 orang telah mengesahkan penyertaan iaitu melebihi sasaran kami iaitu 8,000 orang,” katanya di sini semalam.

Penyertaan teramai untuk aktiviti itu adalah daripada kalangan pelajar, pertubuhan bukan kerajaan dan penduduk kampung di sini.

Bermula jam 4 petang, pengunjung boleh menyaksikan demonstrasi seni mempertahankan diri  iaitu silat dan yen chi serta persembahan pancaragam melibatkan gabungan lima sekolah iaitu SMK Chung Hua Miri, SMK St Columba, SMK St Joseph, SMK Riam dan SMK Lutong. Turut diadakan juga ialah tarian kardio.

Pelbagai produk dan perkhidmatan bertemakan hijau turut dipamer jual oleh 32 gerai dalam Ekspo Hijau.

MBM dengan kerjasama Persatuan Khidmat dan Jualan Komputer (CSSA) akan menganjurkan kempen kitar semula barangan elektronik yang bertujuan mempromosikan kepentingan amalan kitar semula di kalangan penduduk Miri.

Pelbagai barangan termasuk makanan dan minuman dijual pada Bazar Hari Bandar Raya Miri yang dianjurkan bersama oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Miri, Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak  (DUBS) dan Persekutuan Persatuan Kebangsaan Orang Ulu Malaysia (FORUM).

Ketua Menteri juga diberi penghormatan untuk melepaskan peserta Green Ride iaitu aktiviti berbasikal beramai-ramai yang disertai seramai 300 orang pada hari tersebut.

Mereka akan berbasikal di sepanjang Jalan Melayu, Jalan China,  melalui pasar ikan ke Jalan Bendahara, Jalan Merbau, Jalan  Brooke, Jalan Kingsway dan kembali semula ke padang MBM.

“Kami turut menjemput penyanyi Misha Omar untuk menjayakan konsert mini sambutan Hari Bandar Raya Miri pada tahun ini.

“Penyanyi terkenal itu diterbangkan khas ke Miri oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina,” katanya.

MBM turut menganjurkan majlis makan malam Hari Bandar Raya Miri di Hotel Imperial pada sebelah malamnya.

Read more: http://www.theborneopost.com/2013/05/14/jom-raikan-bersama-hari-bandar-raya-miri-sabtu-ini/#ixzz2TFEY5ppX

Posted on 14:15 by Unknown

1 comment

Sunday 12 May 2013

Keputusan PRU13 ini telah membuktikan hanya dengan izin tuhan sahaja pemimpin dapat ditentukan untuk menjadi wakil rakyat baik di peringkat Dewan Undangan Negeri mahupun Dewan Rakyat. 

Anwar Ibrahim dan penyokong parti pembangkang mestilah redha dengan apa juga keputusan kerana masih ada juga pemimpin pembangkang yang menang…  Kalah dan menang adalah adat setiap pertandingan dan sekiranya keputusan PRU13 sudah dirancang kenapa BN hanya menang 133 dan tidak 200?  Pada PRU12 BN di bawah Pak Lah berjaya memperolehi 180 buah kerusi parlimen yang mengakibatkan Pak Lah berundur daripada memegang kerusi Pengerusi BN dan juga Perdana Menteri ke-5…

Adakah Anwar Ibrahim mahu keputusan PRU13 dimansuhkan juga dan diulang sekali lagi PRU13?

Penyokong parti pembangkang dinasihat tidak bersikap fanatik

Utusan Borneo 12 Mei 2013, Ahad

MIRI: Penyokong parti pembangkang dinasihatkan agar tidak terlalu bersikap fanatik sehingga boleh dianggap membelakangkan kepercayaan agama masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau percaya pemimpin atau wakil rakyat yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) adalah satu takdir dan telah ditentukan oleh Tuhan.

“Saya percaya semua rakyat tidak mengira agama telah berdoa untuk ditunjukkan jalan yang benar dalam pemilihan (PRU13) wakil rakyat tidak mengira Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen dan ini semua (keputusan) adalah takdir,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, ketelusan dan keadilan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang proses pilihan raya tidak dapat dinafikan sama ada pada PRU13 atau pilihan raya sebelumnya.

“Jika sudah berserah dan sudah ada jawapan (daripada Tuhan), takkan kita lebih percaya tohmahan dan tuduhan daripada pembangkang, ini maksudnya sudah melawan ketentuan (Tuhan),” jelas beliau.

Apa yang lebih membingungkan, Dennis mempersoal mengapa keputusan pilihan raya DUN diterima dan sudah ada kerajaan negeri dari parti pembangkang yang dibentuk, tetapi pada masa yang sama pula menolak keputusan Parlimen.

“Walhal sistem dan pendekatan serta pengurusan adalah sama, tetapi satu keputusan diterima (DUN) manakala satu lagi (Parlimen) ditolak,” katanya.

Pada masa sama, beliau menasihatkan supaya rakyat merenung hal berkenaan dan jangan bertindak melulu akibat mempercayai hasutan secara membuta-tuli daripada pihak tidak bertanggungjawab.

Pada 8 Mei lalu, satu perhimpunan Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Kelana Jaya di Kuala Lumpur diadakan bagi membantah keputusan PRU13.

Berikutan itu, beberapa siri perhimpunan turut diuar-uarkan bakal diadakan di beberapa tempat lain melalui laman sosial Facebook.

Posted on 23:50 by Unknown

No comments

Tuesday 7 May 2013

Video Pembangkang

Video sebenar tanpa edit

Titah Puteri:
Sapa pande gilak edit video ya tek? sapa polah fitnah? bigik kedaong ktk org yaaaa......

Posted on 02:19 by Unknown

2 comments

Monday 6 May 2013

PKR hanya mampu menang satu kerusi di Sarawak

Mei 6, 2013, Isnin

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya mampu memenangi kerusi Parlimen Miri daripada 15 kerusi yang ditandin­ginya di Sarawak pada PRU13.

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian berkata pihaknya agak kecewa dengan keputusan kes­eluruhan dan menyalahkan keka­lahan mereka disebabkan politik wang.

“Saya sendiri terkejut apabila mengetahui saya telah kalah kira-kira 8,000 undi di Limbang,” ujar Baru pada sidang media di ibu pejabat PKR malam kelmarin.

Beliau tidak menolak kemung­kinan pembelian undi merupakan punca utama kekalahan PKR walaupun rakyat telah diberi­tahu supaya tidak menjual undi mereka.

Namun begitu beliau agak lega kerana sokongan di Betong dan Petra Jaya telah menunjukkan peningkatan terhadap Pakatan Rakyat (PR).

PKR telah bertanding di 15 kerusi Parlimen termasuk San­tubong, Petra Jaya, Mambong, Batang Lupar, Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Saratok, Julau, Kanowit, Selangau, Hulu Rajang, Miri, Baram dan Limbang.

Dr Michael Teo merupakan calon tunggal PKR yang berjaya dengan mendapat undi majoriti 1,992 menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Sebastian Ting dan calon STAR Chong Kon Fatt untuk memenangi kerusi Parlimen Miri.

Teo telah berjaya memperolehi undi sebanyak 26,909 manakala Ting 24,917 undi yang men­yaksikan seramai 52,813 orang keluar mengundi di kawasan Miri.

Titah Puteri :

boh bingong, pru14 prn2016 MIRI kmk org mpun balit. PKR sekoh menang sigek kerusi dah rioh sekampung... 

Posted on 22:45 by Unknown

No comments