Tuesday 14 May 2013

Kedong kitak semua sik ada polah apapa, jangan lupa hari Sabtu tok adalah Hari Bandaraya Miri.  Mun kitak orang free iboh lupak turun ke padang MBM supaya senang kita nanggar pertunjukkan daripada miak sekolah sempena Hari Bandaraya kita!

I Love Miri y’all!!!

Jom raikan bersama Hari Bandar Raya Miri Sabtu ini

Posted on May 14, 2013, Tuesday

RAIKAN BERSAMA: Lawrence menunjukkan baju ‘T’ Miri City Go Green yang digunakan penduduk untuk menjayakan sambutan Hari Bandar Raya Miri di padang MBM, Sabtu ini.

MIRI: Penduduk Miri diajak beramai-ramai hadir ke padang Majlis Bandaraya Miri (MBM) untuk meraikan bersama sambutan Hari Bandar Raya Miri Ke-8 pada hari Sabtu ini (18 Mei).

Ketua  Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dijangka hadir merasmikan sambutan itu bermula jam 5.30 petang.

Datuk Bandar MBM Lawrence Lai memberitahu, perayaan itu bertemakan Miri City Go Green (Bandar Raya Miri Hijau) dengan program dimulakan dengan aktiviti berjalan kaki beramai-ramai dikenali Miri Green Walk.

“Seramai  14,110 orang telah mengesahkan penyertaan iaitu melebihi sasaran kami iaitu 8,000 orang,” katanya di sini semalam.

Penyertaan teramai untuk aktiviti itu adalah daripada kalangan pelajar, pertubuhan bukan kerajaan dan penduduk kampung di sini.

Bermula jam 4 petang, pengunjung boleh menyaksikan demonstrasi seni mempertahankan diri  iaitu silat dan yen chi serta persembahan pancaragam melibatkan gabungan lima sekolah iaitu SMK Chung Hua Miri, SMK St Columba, SMK St Joseph, SMK Riam dan SMK Lutong. Turut diadakan juga ialah tarian kardio.

Pelbagai produk dan perkhidmatan bertemakan hijau turut dipamer jual oleh 32 gerai dalam Ekspo Hijau.

MBM dengan kerjasama Persatuan Khidmat dan Jualan Komputer (CSSA) akan menganjurkan kempen kitar semula barangan elektronik yang bertujuan mempromosikan kepentingan amalan kitar semula di kalangan penduduk Miri.

Pelbagai barangan termasuk makanan dan minuman dijual pada Bazar Hari Bandar Raya Miri yang dianjurkan bersama oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Miri, Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak  (DUBS) dan Persekutuan Persatuan Kebangsaan Orang Ulu Malaysia (FORUM).

Ketua Menteri juga diberi penghormatan untuk melepaskan peserta Green Ride iaitu aktiviti berbasikal beramai-ramai yang disertai seramai 300 orang pada hari tersebut.

Mereka akan berbasikal di sepanjang Jalan Melayu, Jalan China,  melalui pasar ikan ke Jalan Bendahara, Jalan Merbau, Jalan  Brooke, Jalan Kingsway dan kembali semula ke padang MBM.

“Kami turut menjemput penyanyi Misha Omar untuk menjayakan konsert mini sambutan Hari Bandar Raya Miri pada tahun ini.

“Penyanyi terkenal itu diterbangkan khas ke Miri oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina,” katanya.

MBM turut menganjurkan majlis makan malam Hari Bandar Raya Miri di Hotel Imperial pada sebelah malamnya.

Read more: http://www.theborneopost.com/2013/05/14/jom-raikan-bersama-hari-bandar-raya-miri-sabtu-ini/#ixzz2TFEY5ppX

Posted on 14:15 by Unknown

1 comment

Sunday 12 May 2013

Keputusan PRU13 ini telah membuktikan hanya dengan izin tuhan sahaja pemimpin dapat ditentukan untuk menjadi wakil rakyat baik di peringkat Dewan Undangan Negeri mahupun Dewan Rakyat. 

Anwar Ibrahim dan penyokong parti pembangkang mestilah redha dengan apa juga keputusan kerana masih ada juga pemimpin pembangkang yang menang…  Kalah dan menang adalah adat setiap pertandingan dan sekiranya keputusan PRU13 sudah dirancang kenapa BN hanya menang 133 dan tidak 200?  Pada PRU12 BN di bawah Pak Lah berjaya memperolehi 180 buah kerusi parlimen yang mengakibatkan Pak Lah berundur daripada memegang kerusi Pengerusi BN dan juga Perdana Menteri ke-5…

Adakah Anwar Ibrahim mahu keputusan PRU13 dimansuhkan juga dan diulang sekali lagi PRU13?

Penyokong parti pembangkang dinasihat tidak bersikap fanatik

Utusan Borneo 12 Mei 2013, Ahad

MIRI: Penyokong parti pembangkang dinasihatkan agar tidak terlalu bersikap fanatik sehingga boleh dianggap membelakangkan kepercayaan agama masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau percaya pemimpin atau wakil rakyat yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) adalah satu takdir dan telah ditentukan oleh Tuhan.

“Saya percaya semua rakyat tidak mengira agama telah berdoa untuk ditunjukkan jalan yang benar dalam pemilihan (PRU13) wakil rakyat tidak mengira Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen dan ini semua (keputusan) adalah takdir,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, ketelusan dan keadilan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang proses pilihan raya tidak dapat dinafikan sama ada pada PRU13 atau pilihan raya sebelumnya.

“Jika sudah berserah dan sudah ada jawapan (daripada Tuhan), takkan kita lebih percaya tohmahan dan tuduhan daripada pembangkang, ini maksudnya sudah melawan ketentuan (Tuhan),” jelas beliau.

Apa yang lebih membingungkan, Dennis mempersoal mengapa keputusan pilihan raya DUN diterima dan sudah ada kerajaan negeri dari parti pembangkang yang dibentuk, tetapi pada masa yang sama pula menolak keputusan Parlimen.

“Walhal sistem dan pendekatan serta pengurusan adalah sama, tetapi satu keputusan diterima (DUN) manakala satu lagi (Parlimen) ditolak,” katanya.

Pada masa sama, beliau menasihatkan supaya rakyat merenung hal berkenaan dan jangan bertindak melulu akibat mempercayai hasutan secara membuta-tuli daripada pihak tidak bertanggungjawab.

Pada 8 Mei lalu, satu perhimpunan Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Kelana Jaya di Kuala Lumpur diadakan bagi membantah keputusan PRU13.

Berikutan itu, beberapa siri perhimpunan turut diuar-uarkan bakal diadakan di beberapa tempat lain melalui laman sosial Facebook.

Posted on 23:50 by Unknown

No comments

Tuesday 7 May 2013

Video Pembangkang

Video sebenar tanpa edit

Titah Puteri:
Sapa pande gilak edit video ya tek? sapa polah fitnah? bigik kedaong ktk org yaaaa......

Posted on 02:19 by Unknown

2 comments

Monday 6 May 2013

PKR hanya mampu menang satu kerusi di Sarawak

Mei 6, 2013, Isnin

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya mampu memenangi kerusi Parlimen Miri daripada 15 kerusi yang ditandin­ginya di Sarawak pada PRU13.

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian berkata pihaknya agak kecewa dengan keputusan kes­eluruhan dan menyalahkan keka­lahan mereka disebabkan politik wang.

“Saya sendiri terkejut apabila mengetahui saya telah kalah kira-kira 8,000 undi di Limbang,” ujar Baru pada sidang media di ibu pejabat PKR malam kelmarin.

Beliau tidak menolak kemung­kinan pembelian undi merupakan punca utama kekalahan PKR walaupun rakyat telah diberi­tahu supaya tidak menjual undi mereka.

Namun begitu beliau agak lega kerana sokongan di Betong dan Petra Jaya telah menunjukkan peningkatan terhadap Pakatan Rakyat (PR).

PKR telah bertanding di 15 kerusi Parlimen termasuk San­tubong, Petra Jaya, Mambong, Batang Lupar, Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Saratok, Julau, Kanowit, Selangau, Hulu Rajang, Miri, Baram dan Limbang.

Dr Michael Teo merupakan calon tunggal PKR yang berjaya dengan mendapat undi majoriti 1,992 menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Sebastian Ting dan calon STAR Chong Kon Fatt untuk memenangi kerusi Parlimen Miri.

Teo telah berjaya memperolehi undi sebanyak 26,909 manakala Ting 24,917 undi yang men­yaksikan seramai 52,813 orang keluar mengundi di kawasan Miri.

Titah Puteri :

boh bingong, pru14 prn2016 MIRI kmk org mpun balit. PKR sekoh menang sigek kerusi dah rioh sekampung... 

Posted on 22:45 by Unknown

No comments